Insiden dan kemalangan China Northwest Airlines

  • Pada Tarikh 23 Julai 1993, Penerbangan 2119 terhempas ketika cuba berlepas di Lapangan Terbang Yinchuan Hedong, Ningxia, membunuh sebanyak 54 penumpang dan 1 anak kapal di dalamnya.
  • Pada Tarikh 6 Jun 1994, Penerbangan 2303 pecah dan terhempas ketika terbang di antara Xi'an dan Guangzhou, menewaskan semua 160 orang di dalamnya. Ini tetap menjadi kemalangan penerbangan paling mematikan yang berlaku di daratan China (Republik Rakyat China).